PAUTAN LAMAN BLOG

  • SALAM PERTEMUAN - Salam Satu Malaysia...untuk semua Pegawai-pegawai PPD Hulu Selangor , Guru-guru daerah Hulu Selangor. Pada 27 Oktober 2010 saya telah menerima arahan dari...
    15 years ago

Thursday, August 4, 2011

TAKLIMAT STANDARD PRESTASI PBS KSSR TAHUN 1 DUNIA SAINS & TEKNOLOGI

Salam Ramadhan dan Salam 1 Malysia buat guru-guru tahun 1 (Dunia Sains & Teknologi)

Sila dapatkan bahan PBS KKSR Tahun 1 bagi mata pelajaran Dunia Sains & Teknologi yang telah ditaklimatkan oleh Jurulatih Utama Pn Norasikin bt .Mohamad (SK Kuala Kubu Bharu) di PKG Kalumpang pada 14 Julai 2011. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 019-6955526. Selamat menjalankan PBS.

                              " guru mentaksir semasa mengajar, murid ditaksir semasa belajar"

Sekian terima kasih

BAHAN PBS KSSR SAINS

Sunday, May 22, 2011

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

Sila muat turun Dokumen Standard Prestasi Untuk Semua Subjek di pautan di bawah.



Friday, May 13, 2011

PBS: PENGGUNAAN APLIKASI DALAM TALIAN

Bermula 5hb Mei 2011, pemeluasan penggunaan Aplikasi dalam talian bagi melatih guru di Daerah Hulu Selangor dijalankan. Pihak pengurusan PBS khususnya mengharapkan semua guru akan mengusai setiap langkah penggunaan aplikasi sepenuhnya dengan bantuan Setiausaha PBS di sekolah masing-masing.

Berikut adalah pautan nota yang berkaitan dengan PBS berkenaan:
i. Nota 1 ii. Nota 2
iii. Nota 3 iv.Manual PBS

Tuesday, March 29, 2011

BAHAN KURSUS UNTUK PESERTA KURSUS PBS MAC 2011

Kepada semua peserta Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Hotel Gold Course baru-baru ini, boleh memuat turun bahan Kursus di Link yang disediakan di bawah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norzaidah Binti Abdul Ghani di Talian 03-60641926 Unit Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

BAHAN KURSUS PBS

Saturday, January 29, 2011

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ENGLISH PRIMARY)

Print
Kepada semua ketua pentaksir sekolah, sila rujuk link berkenaan
bagi mendapatkan panduan dan borang pemantauan yang
diperlukan.

1.      Document of School based oral assessment SBOA

Sunday, January 23, 2011

BAHAN-BAHAN PBS TAHUN 1


Makluman kepada semua Setiausaha PBS SK/SJKC/SJKT Hulu Selangor.

Sila dapatkan bahan-bahan PBS Tahun 1 dengan memuat turun dengan klik link di bawah:


1. Bahan-bahan SU PBS


Anda akan masuk ke Laman 4shared dan sila muat turun Folder seperti nama di bawah dengan mengikut arahan yang diberikan:-
1.  UJI PBS BM DAN BI 2
2.  SENARAI PENGAWASAN JU  PBS
3.  File Format Converters

Friday, January 7, 2011

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) PERTENGAHAN TAHUN 2011

MAKLUMAN MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENDAFTARAN CALON
Perhatian kepada Setiausaha Peperiksaan MUET
Maklumat pendaftaran MUET Pertengahan Tahun 2011 adalah seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran Dibuka              :            10 Januari 2011
Tarikh Pendaftaran Ditutup             :             27 Januari 2011
Tarikh Ujian 800/2 Speaking            :            4,5,6 April 2011 & 
                                                                         11,12,13 April 2011
Tarikh Ujian Bertulis                        :             16 April 2011
Sehubungan dengan: itu. tuan dikehendaki menghadiri mesyuarat dan taklimat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh                                    12 Januari 2011 ( Rabu )
Masa                                      8.30 pagi
Tempat                                  Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
Kehadiran tuan. diwajibkan dan tidak boleh diwakilkan. Tuan diminta untuk membawa komputer riba, 'broadband'( sekiranya ada ) dan wayar penyambung semasa menghadiri mesyuarat dan taklimat tersebut.

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) TAHUN 2011

MAKLUMAN MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENDAFTARAN CALON
Perhatian kepada Setiausaha Peperiksaan STPM
Maklumat pendaftaran Peperiksaan STPM Tahun 2011 adalah seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran Dibuka    :   10 Januari 2011
Tarikh Pendaftaran Ditutup    :   10 Februari 2011( Calon Sekolah Kerajaan
                                                    Sahaja)
                                                    29 Mac 2011 (Calon Swasta dan Calon
                                                    Persendirian)
Ujian Lisan Bahasa Arab        :  20,21,22 September 2011 & 27,28, 29 
                                                    September 2011
Peperiksaan / Ujian Bertulis   :  21 November – 15 Disember 2011
Sehubungan dengan: itu. tuan dikehendaki menghadiri mesyuarat dan taklimat mengikut ketetapan berikut:
                    Tarikh               :  12 Januari 2011 ( Rabu )
                    Masa                  :   8.30 pagi
                    Tempat              :   Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
Kehadiran tuan. diwajibkan dan tidak boleh diwakilkan. Tuan diminta untuk membawa komputer riba, 'broadband'( sekiranya ada ) dan wayar penyambung semasa menghadiri mesyuarat dan taklimat tersebut.

Tuesday, December 28, 2010

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011


Takwim Peperiksaan Bagi Tahun 2011 
Di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

UPSR
Ujian Bertulis 13 - 15 September 2011 (3 hari)
 
PMR
Ujian Bertulis 4 - 6 Oktober 2011 dan 11 - 12 Oktober 2011 (5 hari)


SPM
Amali
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)
 
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis
15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13 - 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

* Sila rujuk ke laman web http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut. (Klik pada 'Takwim Peperiksaan' )

Pendaftaran Masuk Peperiksaan STPM 2011

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011

1. Tarikh Pendaftaran Dibuka  -  10 Januari 2011

2. Tarikh Pendaftaran Ditutup :
  • 10 Februari 2011  -  Calon Sekolah Kerajaan Sahaja
  • 29 Mac 2011  -  Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu
  • Satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan  -  Calon yang gagal memasuki IPTA
3. Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab  -  20, 21, 22 dan 27, 28, 29 September 2011

4. Tarikh Peperiksaan/Ujian Bertulis  -  21 November hingga 15 Disember 2011


* Sila rujuk ke laman web http://www.mpm.edu.my untuk maklumat lanjut.

PENDAFTARAN MASUK PEPERIKSAAN MUET 2011

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

1. MUET (Pertengahan Tahun) 2011
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka  -  11 Januari 2011 
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup  -  28 Januari 2011
  • Tarikh Ujian Speaking MUET  -  4, 5 , 6 dan 11, 12, 13 April 2011
  • Tarikh Peperiksaan/Ujian Bertulis (Writing)  -  23 April 2011


2. MUET (Akhir Tahun) 2011
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka  -  17 Mei 2011 
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup  -  16 Jun 2011
  • Tarikh Ujian Speaking MUET  -  11, 12, 13 dan 18, 19, 20 Oktober 2011
  • Tarikh Peperiksaan/Ujian Bertulis (Writing)  -  12 November 2011

* Sila rujuk ke laman web http://www.mpm.edu.my untuk maklumat lanjut.   

Pendaftaran Masuk PMR 2011

Kepada :

Semua Pengetua dan Setiausaha PMR
Sekolah Menengah  (SMK/SM/SAMT/SAM)
Daerah Hulu Selangor

1. Dimaklumkan bahawa pendaftaran masuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun 2011 akan bermula pada 2 Januari sehingga 28 Februari 2011.

2. Sila rujuk Buku Peraturan dan Panduan PMR untuk tujuan pendaftaran masuk calon PMR 2011.

3. Semua Pengetua dan Setiausaha PMR diingatkan bahawa pertukaran status calon tidak dibenarkan sama sekali selepas 15 Mei 2011 kecuali mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP).

4. Pihak Pengetua dan Setiausaha PMR diingatkan supaya maklumat calon dan mata pelajaran yang didaftarkan adalah betul dan tepat.

Pendaftaran Masuk UPSR 2011

Kepada  :
Semua Guru Besar dan Setiausaha UPSR
Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor

1. Pendaftaran masuk pendaftaran calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2011 bermula pada 2 Januari sehingga 28 Februari 2011.

2. Sila rujuk Buku Peraturan dan Panduan UPSR (Cetakan 2004) untuk tujuan pendaftaran masuk UPSR 2011.

3. Semua Guru Besar dan Setiausaha UPSR diingatkan bahawa pertukaran status calon tidak dibenarkan sama sekali selepas 15 Mei 2011.

Sunday, December 5, 2010

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM SEDANG BERJALAN

Salam Satu Malaysia, diharap semua sekolah dapat menyediakan frasarana yang kondusif bagi kemudahan murid menjawab peperiksaan SPM dan STPM